Selasa, 16 April 2013

JENIS-JENIS BRA DAN FUNGSINYA


Sebelum membeli bra, kita perlulah sedikit sebanyak mengetahui jenis-jenis bra dan fungsinya. Hal ini adalah untuk menjamin kita selesa memakai bra yang kita pilih di samping kelihatan kemas serta menjaga kesihatan payudara kita. Berikut dikongsikan beberapa jenis bra dan fungsinya yang perlu kita ketahui:

1. DEMI BRA:

· Bra ini bermodelkan half cup dengan strap yang agak lebar yakni  sesuai digunakan dengan berpakaian potongan dada rendah.

· Fungsinya- mengangkat paydara seperti bra push-up.




 

2. MATERNITY BRA:


 
· Bra ini adalah elastik yang dapat mengembang dan menyesuaikan ukuran payudara yang membesar semasa kehamilan.

· Fungsi-Untuk wanita yang hamil.




 

3. FULL SUPPORT BRA:


 

· Bra ini membantu menutup seluruh payudara dan dapat menangkat payudara dengan maksimum.

· Fungsi-sesuai digunakan sehari-harian.





4. ADHESIVE BRA:

 

· Bra ini melekat pada payudara, tidak mempunyai strap, dan tidak menyangga payudara dengan baik.

· Fungsi-digunakan untuk memakai pakaian "backless" atau "strapless".



 

5. MINIMIZER BRA:


 

· Bra ini membantu membentuk payudara kelihatan 1-2 cup lebih kecil.

· Fungsi-Bra ini sangat sesuai dan selesa digunakan oleh para wanita yang berpayudara besar dan apabila memakainya, payudara akan kelihatan kecil dan kemas.





 

6. PADDED BRA:



 

· Bra ini mempunyai span di bahagian dalam.

· Fungsi-Bra sebegini sesuai digunakan oleh wanita yang berpayudara kecil agar kelihatan lebih penuh dan montok.





 

7. NURSING BRA:


 
· Bra ini direka adalah untuk memudahkan ibu-ibu yang menyusukan anak.

· Pada bahagian bra ini, terdapat bukaan yang membuat bayi mengakses puting susu ibu dengan mudah di samping menyelesakan si ibu.




 

8. SOFTCUP BRA:



 

· Bra ini tidak mempunyai besi kawat.

· Fungsi-sesuai dipakai sehari-harian terutamanya apabila berada di rumah sahaja yang berkeadaan santai.








9. PUSH-UP BRA:

 

· Bra ini merupakan jenis padded bra dengan tambahan span di bahagian dalam sebelah kiri dan kanan.

· Fungsi- Mengangkat dan membuatkan payudara terkumpul di tengah sehingga belahan dada kelihatan lebih jelas dan menarik.






 

10. SPORT BRA:

 

· Bra ini khas untuk wanita-wanita yang aktif bersukan.

· Material bra ini dibuat daripada bahan-bahan yang boleh menyerap peluh.

· Fungsi- Menutup dan menyangga payudara dengan baik ketika bersukan.





 

11. STRAPLESS BRA:



· Bra ini tanpa tali sesuai digunakan dengan pakaian yang menampakkan bahu seperti halter neck, tube top/dress dll.










 

12. T-SHIRT BRA / SEAMLESS BRA:




· Bra ini tidak mempunyai sambungan /pencangkuk bra.

· Sesuai digunakan untuk memeakai T-shirt yang ketat.

· Material bra inii diperbuat daripada bahan yang sangat lembut sehingga tidak ketara kelihatan apabila memakai T-shirt ketat.




 

13. UNDERWIRE BRA:


 

· Bra ini mempunyai kawat besi dibahagian bawah untuk memberikan sokongan kuat pada payudara.










14. U-PLUNGE BRA:



 
· Bra ini sesuai digunakan apabila memakai pakaian berpotongan dada yang sangat rendah.

· Bra inn mirip dengan Demi Bra, perbezaannya hanyalah pada bahagian tengahnya lebih rendah daripada Demi Bra.









 

Sumber maklumat :berbagai-jenis bra.webarchivexml

1 ulasan: